January 6, 2017

Air Force

Good news for him, his family & me.

Alhamdulillah,
"Insyaallah kalau dapat habis ni kita terus kahwin". Berbunga bunga hati ni dengar ayat tu. Sekarang pun meniaga nak kumpul duit nak kawin. Kalau memang dapat, lagi banyak usaha nak halalkan awal.

6 Januari 2017
Belum masuk kem, tapi bila call tak dapat sambung. Hati tak boleh terima. Macam mana nak terus macam ni?

Saya doakan yang terbaik untuk awak. Jangan lupa sembahyang, jaga diri. Ada rezeki, ada jodoh (amin) jadikan saya isteri okay?

Assalamualaikum

March 8, 2016

Orang yang aku cita cita nak jadikan suami, tak kenal aku sapa.

Aku kena lupa semua, aku kena

Janji

March 6, 2016

6:49

Perempuan yang menangis awal pagi
Seorang yang cinta sayang orang yang sama setiap hari
Nak rasa di sayang di cinta hari hari
Bukan rasa sendiri

Semalam, 
Aku tak sabar nak jumpa dia
Aku tak sabar nak tengok muka dia
Tapi di balas senyum hambar
Muka cuka
Aku menangis lagi

Cuba tahan seadanya
Aku nak tgk dia senyum
Aku yang mula langkah
Aku yang mula semuanya
Tapi kenapa aku? Kenapa seorang perempuan?

Bila dia nak rasa dilindungi?
Bila dia rasa nak di sayangi?
Kenapa org yg aku sayang nak pergi
Bila aku juga bg apa semuanya

Bila aku kata aku cinta
Aku kata aku sayang
Aku betul maksudkannya
Betul dari roh dan jasad aku

Bila aku kata nak jadi isteri
Bila aku cuba menambung
Bila aku dah ada niat nak halal kan hubungan kita
Tapi awak tak berharap

Sebelum sebelum ini
Aku juga ditinggalkan
Aku juga jadi gila
Aku yang merayu
Malu, tp sbb aku sayang aku cinta aku yang tahan dulu

Siapa nak jaga hati aku bila kita berdua?
Aku sendiri bila kita berdua?
Aku yang kena jadi kuat sebab aku perempuan?
Aku lemah, aku nak dia yang sandang. Aku nak dia
Tapi tak datang

Kenapa perempuan lain yang menang
Kenapa hati yang lain dia puja

Pikir nak pakai apa sebelum berjumpa
Apa yang cantik?
Cantik depan mata dia?
Nak aku saja dia nampak
Aku saja paling indah
Aku saja dia ada
Sampai jadi gila
Tapi perempuan lain yang hebat
Perempuan lain lagi indah

Pikir macam mana nak lembut hati
Nak sentuh hati dia

Pikir aku sorg yang dia ada
Nak aku yang paling atas
Tapi, perempuan lain 
Perempuan lain

Nak dilafaz kata cinta
Nak dirasa kata ikhlas

Hari hari aku tunggu
Nak dia kata aku saja dia ada
Bila aku sedih aku luka aku jatuh
Nak rasa tenang

Aku tahan sbb aku tak nampak yang lain
Aku tahan sebab niat aku
Aku tahan dengan janji aku
Tapi selalu aku dimain

Aku akan pergi bila tiba masa
Tahan aku jika awak benar CINTA.

Assalamualaikum

Aku penyapu yang jatuh cinta dgn rokok daun









February 28, 2016

Aku letih sgt
Aku nak dengar suara dia
Aku nak tengok dia
Penat mata aku

Aku tahan jangan
Aku pegang kata 
Tapi aku tak boleh
Aku nak dengar suara dia

Kenapa cinta mesti ada cacat
Kenapa tak semua indah

Aku nak dia

Feb 28, 18:52

February 27, 2016

Aku tak elok ka

26 Feb

Bisu

April 5, 2015

Kalau masih lama

Aku fikir 
Apa makna semua 
Setelah tiada kata untuk pergi
Hanya salam saja

Cuba fikir
Jika kamu juga tidak mahu
Tapi masih degil
Tiada kata maaf

Fikir lagi
Jika suatu hari tiba tiba ada pengganti 
Dan pada masa sama aku belum lepas kamu pergi
Aku juga tak minta begini

Tapi kamu juga peniru
Kenapa tidak cuba jadi yg baru
Tak biar benda ini berlalu
Kamu bisu?

Jika juga masa masih panjang
Beranikah kamu kemari
Minta seperti dulu
Dan jadi dulu dulu?

Selamat pergi.

8:17 PM/5th April 2015







April 30, 2013

Titik

Tinta berdarah seraya berdansa
Neon itu kujadikan pelita
Sepucuk marsum cuba aku cetera
Sani dunia jika tiada derita.

Titisan-titisan mutiara kalanya luka
Ya, aku bersuasanakan murka
Dipasung tanpa terpaksa
Aku inginkan cinta

Cinta dari seorang jejaka
Yang kini aku gelar putera
Manis lukisan bibirnya tidak terkata
Bolehku kata dialah penawar luka

Sebelumnya ku hanya akrab bahu kiri
Segalanya bertapak di sini
Tanpa kusedar hampirnya mati
Tapi datangnya dia merawat rapi

Langkah diatur beralaskan redas
Seperti cabo tak dapat dibias
Membuahkan mutia mata tanpa belas
Ternyata itu caranya uji iman teratas.

Hakikat aku bukannya murka
Tapu aku gembira.

To be continued..

Written by Gee Rosli
21:57 p.m April 30th 2013

He's my man, SFS


April 1, 2013

Takdir

Kata ditulis
Kata di minda
Kata di kota

Hari juwita menanti
Malam juwita redah
Dan tiba masa itu,
juwita bersedia

Semua kelengkapan juwita sempurna
Di mana saat itu tiba
Melompat juwita gembira

Detik di istana
Raja memerintah
Terduduk juwita menjawab teka
Terasa mata membuahkan mutiara

Sang pujangga mengirim pesan
Si juwita mengakbar berita
Sang pujangga lelah
Si juwita rebah

Semuanya berlalu tanpa jalan cerita

dd/mm/2013
written by Gee Rosli

February 5, 2013

Benarkan Aku Sayang

Mestikah aku sendiri berdiri
Apakah kita perlu begini
Segala apa yang ku rasa ini
Adalah apa yang ku pasti

Ku puisikan sebuah kasih
Bersama air mata menahan luka
Terkurung diri dalam kegelapan
Bersama jiwa yang buta

Apa yang ku rasa ini
Kini sudah berakhir

Apa yang ku nanti
Akhirnya sudah mati

Apa yang ku harap
Kini telah pergi

Haruskah, haruskah
Aku terus begini

Di mana letaknya cinta
Dimana perginya cinta
Dimana larinya cinta
Dimana hilangnya cinta

Lukisan yang ku lukis indah
Mungkinkah menjadi hitam

Siang yang ku nanti cerah
Mungkinkah menjadi gelap

Malam yang ku nanti mimpi
Mungkinkah menjadi kabur

Hujan yang ku sangka indah
Mungkinkah menjadi ribut

Harapan yang ku paku
Mungkinkah berakhir retak

Cinta yang ku cipta dulu
Mungkinkah dikubur kelak

Sayang,
Inikah jalan untuk diriku
Meniti jambatan kecil
Untuk mengapai cintamu
Benarkan aku sayang.

Friday, 16:31 p.m (dd.mm.2012)
by Gee Rosli

January 4, 2013

Jatuh Cinta

Lirikan mata aku terpandang kamu,
Senyuman jauh aku untuk kamu,
Kibasan rambut aku menikam kamu,
Renungan sayu aku diterjah kamu.

Aku jatuh cinta.
Aku jatuh cinta.

Tak minta aku dicoret janji,
Tak minta aku disumpah sampai mati,
Tak minta aku dicium bau melati,
Tak minta aku digelar bidadari.

Aku jatuh cinta.
Aku jatuh cinta.

Waktu melintas masa,
Bayangan hitam meneroka,
Tusukkan baldu dirasa jiwa,
Mungkinkah kamu disini setia?

Aku jatuh cinta.
Aku jatuh cinta.

Hujan kini mutiara gembira,
Payung kini perisai bidadara,
Lopak kini bukan belantara,
Hati kini sudah beraja.

Aku jatuh cinta.
Aku jatuh cinta.

Disitukah aku sayang,
Menari bagai layang layang,
Ucapkanlah sayang,
Hanya aku yang disayang.

Aku jatuh cinta.
Aku jatuh cinta.

by Gee Rosli,
Jan 04, 2013
02:00 a.m

Note: 
For my dearest, Safwan Fansuri Sahimin.

December 26, 2012

Berlari

Kau adalah yang ku inginkan;
Kau adalah yang ku harapkan;
Kau yang ada di setiap mimpiku;
Indahnya jika kau disisiku.

Ku akui di setiap langkahku;
Untuk mengejar cintaku untukmu;
Sepanjang hidupku.

Berlari aku malam itu;
Mencari bayang-bayanganmu;
Akan ku peluk, akan ku cium;
Setiaku untukmu.

Kau ku inginkan;
Kau ku sanjungi.

Apa salahku;
Apa dosaku;
Hingga membuat dirimu jauh dariku.

Tues, Sept.  20, 2011

August 17, 2012

Jendela Putih


Jendela putih
Diselimuti benang dipukat halus
Bangun menyelak ditaut ke gengam
Menjamah mata mengitai panorama
Alhamdulillah masih tersusun sama

Jendela putih
Biru di angkasa berkongsi senyuman 
Putih di langit menyeri sentuhan
Kuning ditambah memberi kekuatan
Indahnya ciptaan diilham tuhan

Jendela putih
Dimulakan langkah mengisi wajib
Sumber dicurah disapu wajah
Tertib diikut suruhan dilaksana
Yang keruh dikelar yang jernih ditawan

Jendela putih
Masihkah esok sekujur tubuh berdiri lagi
Menghayun badan bergelut suruhan
Meniti jalan tuhan yang maha esa
Menyusun tapak memberi salam syurga 


Written by Gee Rosli
17th August/ 9:31A.M